Belantara Bujang Forum Index Belantara Bujang
Pendapat Anda Penting Bagi Kami
 
 FAQFAQ   SearchSearch   MemberlistMemberlist   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

Important Notice: We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024. If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.
Adik-beradik disangka pasangan khalwat<- pegawai JAIS KOR

 
Post new topic   Reply to topic    Belantara Bujang Forum Index -> Politik
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Batik Biru
Site Admin


Joined: 12 Nov 2008
Posts: 69
Location: Shah Alam, Selangor

PostPosted: Sat Dec 06, 2008 2:17 pm    Post subject: Adik-beradik disangka pasangan khalwat<- pegawai JAIS KOR Reply with quote

Adik-beradik disangka pasangan khalwat

SUBANG JAYA - Seorang anggota penguat kuasa jabatan agama didakwa menyalahgunakan kuasanya untuk memecah masuk ke dalam rumah seorang wanita kerana menyangka dia berkhalwat di Jalan BK 4/3F, Bandar Kinrara, Puchong di sini Rabu lalu.

Kejadian itu berlaku pukul 2.15 pagi apabila lelaki terbabit bersama anggota penguat kuasa agensi tersebut memecah pintu utama rumah Noor Astina Shila Noor Hazizi atau Rina, 27, ketika dia bersama dua adik lelakinya sedang tidur di situ.

Dalam kejadian yang tidak diduga itu, mangsa kerugian hampir RM3,000 setelah mendakwa pintu sliding, jeriji dan kunci mangga rumahnya dipecah dan dirosakkan atas alasan mangsa enggan membuka pintu walaupun diketuk beberapa kali.

Dakwa Rina, kejadian itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati anggota tersebut yang berang selepas dia beberapa kali menolak permintaannya untuk bertemu.

"Sebelum kejadian, saya berkenalan dengan lelaki itu 21 November lalu dan pernah keluar dengannya sekali untuk makan di sebuah kedai mamak.

"Dia beritahu saya yang dia seorang jurutera Petronas di Sepang dan selepas itu dia hubungi dan hantar SMS untuk jumpa lagi, tapi saya tolak secara baik," katanya yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat swasta di Jalan Ipoh di sini.

Ekoran itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Puchong pada hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar pula ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


**Komen

Selepas korang baca petikan ini, adakah korang rasa tajuk dalam petikan ini sesuai? sebab ini adalah berkenaan dengan salah guna pegawai jabatan agama islam.

Ini menunjukkan kerosakkan yang dilakukan oleh orang yang sepatutnya menegakkan hukum Islam. Tetapi mereka sendiri yang menghancurkan hukum Islam itu sendiri. Lihatlah betapa teruknya bahagian pengurusan kerajaan negeri yang tidak mengambil endah atas apa yang berlaku. Bila dah jadi baru nak ambil tahu. Bodoh tak?
_________________
www.songkokterbalik.blogspot.com
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
drazaloth
Site Admin


Joined: 06 Dec 2008
Posts: 10
Location: Malaysia

PostPosted: Mon Dec 08, 2008 1:09 pm    Post subject: Reply with quote

Ni bukan bodoh... Dah tahap bangang dah... Huhuhu... Kecian pompuan tuh, x pasal2 kene cop berkhalwat...

Mesti pegawai tuh pervert gler... Dier nak join diorang wat kejer tuh kot.. Tapi kene reject, sebab tuh dier kater diorang nih berkhalwat... Hehehe...
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Belantara Bujang Forum Index -> Politik All times are GMT
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © phpBB Group. Hosted by phpBB.BizHat.com

Free Web Hosting | File Hosting | Photo Gallery | Matrimonial


Powered by PhpBB.BizHat.com, setup your forum now!
For Support, visit Forums.BizHat.com