|
Belantara Bujang Pendapat Anda Penting Bagi Kami
|
Important Notice:
We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024.
If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.
View previous topic :: View next topic |
Author |
Message |
Batik Biru Site Admin
Joined: 12 Nov 2008 Posts: 69 Location: Shah Alam, Selangor
|
Posted: Sat Dec 06, 2008 2:17 pm Post subject: Adik-beradik disangka pasangan khalwat<- pegawai JAIS KOR |
|
|
Adik-beradik disangka pasangan khalwat
SUBANG JAYA - Seorang anggota penguat kuasa jabatan agama didakwa menyalahgunakan kuasanya untuk memecah masuk ke dalam rumah seorang wanita kerana menyangka dia berkhalwat di Jalan BK 4/3F, Bandar Kinrara, Puchong di sini Rabu lalu.
Kejadian itu berlaku pukul 2.15 pagi apabila lelaki terbabit bersama anggota penguat kuasa agensi tersebut memecah pintu utama rumah Noor Astina Shila Noor Hazizi atau Rina, 27, ketika dia bersama dua adik lelakinya sedang tidur di situ.
Dalam kejadian yang tidak diduga itu, mangsa kerugian hampir RM3,000 setelah mendakwa pintu sliding, jeriji dan kunci mangga rumahnya dipecah dan dirosakkan atas alasan mangsa enggan membuka pintu walaupun diketuk beberapa kali.
Dakwa Rina, kejadian itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati anggota tersebut yang berang selepas dia beberapa kali menolak permintaannya untuk bertemu.
"Sebelum kejadian, saya berkenalan dengan lelaki itu 21 November lalu dan pernah keluar dengannya sekali untuk makan di sebuah kedai mamak.
"Dia beritahu saya yang dia seorang jurutera Petronas di Sepang dan selepas itu dia hubungi dan hantar SMS untuk jumpa lagi, tapi saya tolak secara baik," katanya yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat swasta di Jalan Ipoh di sini.
Ekoran itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Puchong pada hari kejadian.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar pula ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
**Komen
Selepas korang baca petikan ini, adakah korang rasa tajuk dalam petikan ini sesuai? sebab ini adalah berkenaan dengan salah guna pegawai jabatan agama islam.
Ini menunjukkan kerosakkan yang dilakukan oleh orang yang sepatutnya menegakkan hukum Islam. Tetapi mereka sendiri yang menghancurkan hukum Islam itu sendiri. Lihatlah betapa teruknya bahagian pengurusan kerajaan negeri yang tidak mengambil endah atas apa yang berlaku. Bila dah jadi baru nak ambil tahu. Bodoh tak? _________________ www.songkokterbalik.blogspot.com |
|
Back to top |
|
|
drazaloth Site Admin
Joined: 06 Dec 2008 Posts: 10 Location: Malaysia
|
Posted: Mon Dec 08, 2008 1:09 pm Post subject: |
|
|
Ni bukan bodoh... Dah tahap bangang dah... Huhuhu... Kecian pompuan tuh, x pasal2 kene cop berkhalwat...
Mesti pegawai tuh pervert gler... Dier nak join diorang wat kejer tuh kot.. Tapi kene reject, sebab tuh dier kater diorang nih berkhalwat... Hehehe... |
|
Back to top |
|
|
|
|
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
|