|
Belantara Bujang Pendapat Anda Penting Bagi Kami
|
Important Notice:
We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024.
If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.
View previous topic :: View next topic |
Author |
Message |
drazaloth Site Admin
Joined: 06 Dec 2008 Posts: 10 Location: Malaysia
|
Posted: Mon Dec 08, 2008 1:17 pm Post subject: Satu Kehidupan... |
|
|
Kita bagaikan sedang berlari tapi tanpa arah tuju. Mencari mimpi-mimpi yang telah lama kita idamkan. Di mana permulaannya terpulang pada kita. Seronok apabila kita tahu ada beberapa orang yang akan menemani kita hingga ke penghujungnya. Walaupun hanya seorang sahaja yang ada. Kita tetap percaya mereka akan mencapaikan bintang yang kita hajati walaupun mustahil. Percaya, kerana inilah kita meneruskan hidup kita di dunia yang penuh dengan kegelapan. Percaya, cahaya mereka akan bersama kita menerangi jalan yang kita lalui.
Kita tahu mereka akan menenangkan kita bila kita dalam kesedihan. Kita berasa bersalah kerana kita tidak dapat balas jasa mereka. Tetapi mereka tidak mahu, mereka hanya ingin melihat kita gembira. Senyuman mereka adalah nyawa kita, dunia bagaikan lengkap dan turut meraikannya apabila kita lihat senyuman mereka.
Kita terus terapung di dalam sebuah sampan yang mengalir di atas sungai yang tenang. Kita tahu mereka sudah mendahului kita. Namun kita tetap menyimpan hasrat bahawa kita dan mereka akan tetap bersama kita. Amat menakutkan apabila kita terbayang mereka sudah tiada. Kita sering menangis, tidak henti-henti dan kalau boleh kita ingin memeluk mereka selamanya. Kita tidak mahu mereka pergi.
Pada akhirnya, kita menerima suratan takdir. Ajal akan tiba dan kita tidak mampu mengubahnya. Maka kita menghargai setiap detik kita bersama mereka. Kita ingat dan kita kenang setiap saat yang berlalu. Apabila kita berjalan dengan mereka, kita tidak mahu sampai ke penghujungnya. Kita mahu terus berjalan dengan mereka dan menghayati alunan angin yang merdu.
Kita terus berjalan dengan ketabahan dan keyakinan, kita tidak mahu lihat atau meramal masa depan. Kita tidak peduli semua itu. Kita hanya memandang ke depan dan menikmati setiap langkah sama ada ke depan atau ke belakang. Yang pastinya, kita tidak akan melupakan di mana fajar menjelma dan senja menghilang... |
|
Back to top |
|
|
|
|
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
|