|
Belantara Bujang Pendapat Anda Penting Bagi Kami
|
Important Notice:
We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024.
If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.
View previous topic :: View next topic |
Author |
Message |
Batik Biru Site Admin
Joined: 12 Nov 2008 Posts: 69 Location: Shah Alam, Selangor
|
Posted: Wed Nov 19, 2008 3:55 am Post subject: Lari berasak-asak - Lebih 100 pengunjung panik pusat hiburan |
|
|
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
nanhidayat.nanazmie@kosmo.com.my
Quote: | JOHOR BAHRU - Suasana kecoh dan kelam-kabut menyelubungi sebuah pusat hiburan, Platinum Disco KTV Lounge di Plaza Sentosa, Taman Sentosa di sini apabila lebih 100 pengunjung tempatan serta rakyat Singapura bertempiaran lari apabila ia terbakar malam kelmarin.
Turut musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 10.56 malam itu ialah dua lagi pusat hiburan yang kesemuanya terletak di tingkat paling atas bangunan lima tingkat berkenaan.
Salah sebuah daripada pusat hiburan itu telah ditutup sejak setahun lalu, manakala Sakura Karaoke Lounge pula baru sahaja mengalami kebakaran kecil dan ditutup sejak Sabtu lalu.
Ekoran kebakaran tersebut, timbul spekulasi sama ada ia berlaku disebabkan unsur khianat.
Semasa kejadian, pengunjung dan kakitangan pusat hiburan Platinum itu terpaksa berasak-asak keluar dari premis tersebut sebaik ternampak asap tebal yang dipercayai bermula dari Sakura Karoke Lounge.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Di luar bangunan tersebut juga sesak apabila 500 orang menyaksikan kebakaran itu sebelum mereka dikejutkan pula dengan bunyi 30 letupan.
Bunyi letupan itu dipercayai berpunca daripada silinder simpanan minuman keras.
Letupan dan kebakaran itu turut mengakibatkan dua buah motosikal dan dua buah kereta mengalami kerosakan kecil gara-gara ditimpa serpihan kayu terbakar dan kaca yang jatuh dari bangunan yang terbakar tersebut.
Api yang marak selama kira-kira empat jam sebelum ia dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada pukul 4 pagi. |
Nasib baik tak mati semuanya...kalau tak mati la dalam keadaan yang mengaibkan. Malu la mak bapak kalau tahu anak mati kat kelab malam. hehehehe. |
|
Back to top |
|
|
dellku P.A Admin
Joined: 18 Nov 2008 Posts: 21 Location: ::Setapak::
|
Posted: Wed Nov 19, 2008 7:42 am Post subject: |
|
|
Hahaha....
Sudah terang lagi bersuluh tempat2 tu sume tak elok ko nak pegi juak buat apa... Saja cari bala la tuh.. Hehhehee....
Semoga kita ditempatkan di tempa orang-orang yang beriman.... AMIN....
|
|
Back to top |
|
|
Batik Biru Site Admin
Joined: 12 Nov 2008 Posts: 69 Location: Shah Alam, Selangor
|
Posted: Thu Nov 20, 2008 1:34 am Post subject: |
|
|
Nak kata takder otak, ada la plak.... kan kan?
tuh la....beri la petunjuk pada mereka ni Ya Allah.... Amin... |
|
Back to top |
|
|
|
|
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
|