Belantara Bujang Forum Index Belantara Bujang
Pendapat Anda Penting Bagi Kami
 
 FAQFAQ   SearchSearch   MemberlistMemberlist   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

Important Notice: We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024. If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.
Pengenalan Kepada Hadith.

 
Post new topic   This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.    Belantara Bujang Forum Index -> Mastika Hadith
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Batik Biru
Site Admin


Joined: 12 Nov 2008
Posts: 69
Location: Shah Alam, Selangor

PostPosted: Thu Nov 13, 2008 5:32 am    Post subject: Pengenalan Kepada Hadith. Reply with quote

Pengenalan :-

Hadis Riwayat Bukhari & Muslim boleh diibaratkan sebagai himpunan, susunan dan kemudahan terhadap hadis-hadis yang disepakati oleh dua orang Iman iaitu Iman Bukhari dan Iman Muslim.


Pengertian Hadith Dari Sudut Istilah :-

- Perkara yang disandarkan kepada Nabi S.A.W samada dari kata-kata, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak, sifat semulajadi atau penghakiman sehinggalah kepada semua gerak-geri Rasulullah s.a.w jaga dan tidur.


Menurut istilah ahli hadith :-

- Ialah segala ucapan nabi, segala perbuatan dan segala keadaannya. Masuk ke dalam pengertian keadaannya, segala yang diriwayatkan dalam buku sejarah seperti hal keputraannya, tempatnya dan segala yang bertalian dengannya. Pengertian ini samalah dengan pengertian sunnah menurut istilah golongan ahli hadith. Tetapi pengertian ini berlainan dengan pengertian ahli usul. Dan sebab berlainan ini ialah kerana berlainan jurusan yang mereka lihat dan mereka tinjau.

- Ahli (ulama') hadith membahaskan peribadi rasul sebagai seorang yang
dijadikan ikutan bagi umatnya. Kerana ini mereka pindahkan dan mereka
terangkan segala yang bersangkutan dengan rasul, baik mengenai riwayat, perjalanannya, mengenai budi pekertinya, keutamaannya, keistimewaannya, tutur katanya, perbuatan-perbuatannya; sama ada yang dapat mewujudkan hukum atau tidak.

- Ulama' usul membahaskan rasul sebagai seorang pengatur undang-undang yang meletakkan atau menciptakan dasar-dasar ijtihad bagi para mujtahid sesudahnya, dan menerangkan kepada manusia perlembagaan hidup (dustur al-hayat) maka mereka pun memperhatikan segala tutur kata rasul, perbuatan-perbuatannya dan taqrirnya, iaitu pengakuan-pengakuannya bersangkutan dengan perkara penetapan hukum.

- Sementara itu ulama' fiqh membahaskan peribadi rasul sebagai seorang
yang seluruh perbuatannya atau perkataannya atau menunjukkan kepada
suatu hukum syara'. Mereka membahaskan hukum-hukum yang mengenai para mukallaf dan perbuatan mereka dari segi hukum wajib, haram, harus, makruh dan mandub (sunat).


Syarat Sah Hadith :-

1. SANAD BERSAMBUNG
- Maksudnya ialah mestilah ada di antara perawi sanad suatu ikatan ilmu seperti bertemu dengan orang yang mendapat hadis daripada orang yang terdahulu dan orang yang mengambil hadis daripada penyampai hadis. Tidak terjadi di antara kedua-dua perawi hadis jarak masa atau tempat yang tidak mengizinkan untuk bertemu atau mustahil untuk bertemu.

2. ADIL
- Merupakan satu sifat yang dimiliki di dalam jiwa yang dapat membawa pemiliknya menjadi seorang yang bertaqwa, bermaruah, menjauhkan diri dari perkara keji dan bidaah. Perawi yang adil ialah orang yang mencukupi syarat-syarat berikut :-

1. Islam - Tidak boleh diterima hadis yang diriwayatkan oleh seorang yang bukan Islam sekalipun dia adalah ahli kitab.

2. Sampai umur - Tidak boleh diterima hadis yang diriwayatkan oleh seorang kanak-kanak.

3. Berakal - Tidak boleh diterima hadis yang diriwayatkan oleh orang gila.

4. Tidak Fasik - Fasik ialah melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil.

5. Menjaga Maruah - Iaitu hendaklah seseorang perawai itu bersikap dengan sikap yang selayaknya mengikut kedudukannya. Sekiranya beliau seorang ulama, dia akan bersikap dengan sikap yang layak bagi ulama dan tidak bersikap seperti seorang penjual. Para pengkaji hadis mengambil berat dalam aspek akhlak seseorang perawi hadis yang akan menjamin kebenaran dan amanahnya serta terselamat daripada perkara-perkara yang boleh mencacatkan kedudukan sesuatu riwayat, lebih-lebih lagi apabila perkara yang diriwayatkan berkaitan dengan urusan agama dan Sunnah Nabi S.A.W.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic   This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.    Belantara Bujang Forum Index -> Mastika Hadith All times are GMT
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © phpBB Group. Hosted by phpBB.BizHat.com

Free Web Hosting | File Hosting | Photo Gallery | Matrimonial


Powered by PhpBB.BizHat.com, setup your forum now!
For Support, visit Forums.BizHat.com