|
Belantara Bujang Pendapat Anda Penting Bagi Kami
|
Important Notice:
We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024.
If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.
View previous topic :: View next topic |
Author |
Message |
Batik Biru Site Admin
Joined: 12 Nov 2008 Posts: 69 Location: Shah Alam, Selangor
|
Posted: Tue Jul 21, 2009 3:45 pm Post subject: Model luar minum arak kena hukum, model Malaysia?? |
|
|
Quote: | Model didenda RM5,000, 6 sebatan kerana minum arak
KUANTAN: Seorang model pelancongan dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas mengaku salah meminum arak.
Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus, memerintahkan Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, dari Sungai Siput, Perak menjalani hukuman penjara tiga tahun, jika gagal membayar denda itu.
Tertuduh didakwa meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating kira-kira jam 11.40 malam pada 11 Julai tahun lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan.
Abdul Rahman dalam penghakimannya berkata mahkamah tidak ragu-ragu dalam menjatuhkan hukuman selepas tertuduh mengaku bersalah ketika didakwa di mahkamah itu pada 1 Disember tahun lalu.
Tertuduh yang dilihat mengalirkan air mata ketika penghakiman dibacakan kemudian memohon penangguhan hukuman untuk rayuan melalui peguamnya, Mohd Zuki Che Mat Ghani.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie, Saiful Idham Sahimi. - Bernama. |
Model Malaysia yang banyak minum arak ni macam mana pula? Takkan tak pernah ditangkap kut? Ke ada info dari jabatan agama supaya mereka dapat lari?
Apa tindakan dan hukuman untuk mereka ni pula? denda Rm500 dan rotan kat tangan guna pembaris ke? hehehe. _________________ www.songkokterbalik.blogspot.com |
|
Back to top |
|
|
|
|
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
|