Belantara Bujang Forum Index Belantara Bujang
Pendapat Anda Penting Bagi Kami
 
 FAQFAQ   SearchSearch   MemberlistMemberlist   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

Important Notice: We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024. If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.
‘Bincang masalah Melayu bukan sikap perkauman’

 
Post new topic   Reply to topic    Belantara Bujang Forum Index -> Politik
View previous topic :: View next topic  
Author Message
dellku
P.A Admin


Joined: 18 Nov 2008
Posts: 21
Location: ::Setapak::

PostPosted: Mon Mar 23, 2009 12:53 am    Post subject: ‘Bincang masalah Melayu bukan sikap perkauman’ Reply with quote

Saya tiba2 rasa terpanggil untuk berkongsi berita yang saya dapat melalui Akhbar Berita Harian mengenai perpecahan kaum Melayu. Ini adalah ucapan Tun Dr. Mahathir (mantan PM Malaysia). Bila baca timbul kesedaran kenapa orang Melayu jadi macam ni...

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau memberanikan diri bercakap mengenai orang Melayu di negara ini walaupun akan dituduh sebagai perkauman kerana mereka kini dilanda pelbagai masalah dan ancaman.

Bekas Perdana Menteri berkata, jika orang Melayu tidak dibenar bercakap mengenai masalah dihadapi, mereka mungkin jadi kaum yang terlucut hak di negara sendiri.

Beliau berkata, bahaya itu ada kebenarannya kerana orang Melayu sudah melihat tekanan dan penghinaan terhadap bangsa sendiri apabila mereka dijadikan minoriti di wilayah yang dulu adalah sebahagian daripada negeri Melayu.
“Keadaan ini boleh berlaku kepada orang Melayu bukan kerana orang lain, tetapi kerana orang Melayu sendiri yang suka membinasakan diri sendiri.

“Mereka tidak mahu merebut peluang yang disediakan bagi mereka. Tempat di universiti tidak diambil. Peluang perniagaan diselewengkan. Belia Melayu tidak ingin belajar, lebih berminat dengan melepak atau jadi mat rempit,” katanya ketika menyampaikan ucapan ‘Menangani Masa Depan Pribumi Dalam Cabaran Politik Semasa’ pada Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Perkasa Negara di sini, semalam.

Perhimpunan sehari yang dianjurkan Pribumi Perkasa Negara itu turut dihadiri Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Dr Mahathir berkata, orang Melayu tidak suka dengar semua itu kerana malu, tetapi jika tidak disuarakan masalah berkenaan, ia tidak akan hilang dengan sendiri.

“Lebih baik malu jika kita dapat sedarkan beberapa kerat daripada kita dan mereka mengubah tabiat supaya tidak melakukan salah lagi,” katanya sambil menambah apa guna Dasar Ekonomi Baru (DEB) diteruskan jika orang Melayu tidak mahu menggunakan peluang yang diwujudkan.

Beliau berkata, orang Melayu bernasib baik kerana cekap dalam politik sehingga dapat menguasai kerajaan selama 50 tahun walaupun berpecah kepada beberapa parti, bermusuh sesama sendiri tetapi majoriti Melayu masih dapat kekalkan kuasa.

Bagaimanapun, katanya, orang Melayu kini tidak kuat kerana parti Melayu yang terkenal sudah kalah pada pilihan raya umum lalu, manakala parti Melayu yang menang pula berada dalam ketakutan jika parti rakan menolak mereka.

“Sekarang orang tidak lagi hormat kita. Apa saja yang dituntut orang lain, baik yang menang, baik yang kalah akan kita layan. Kita yang perlu hormati orang lain. Tersilap sikit kita minta maaf bagi pihak semua bangsa Melayu,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin Melayu hari ini mengkhianati pejuang dulu apabila melupakan perjuangan asal kerana utamakan kepentingan diri sendiri dan membiarkan bangsa hancur, asalkan dapat kemenangan bagi diri sendiri dan dapat jadi menteri.

“Jika kita sudah sanggup jual bangsa kita, kita jual untuk dapat duit sedikit, untuk jawatan kecil dan besar, untuk isi temolok kita, alamatnya apa? Yang dikejar tidak dapat, yang dikilik akan berciciran.

“Tindakan membuat sesuatu yang haram bukan saja menjual bangsa, tetapi menolak agama yang melarang tindakan menerima sogokan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, jika makan daging babi haram, makan duit rasuah lebih haram kerana ia akan membinasakan bukan saja penerima, tetapi orang Melayu yang semua beragama Islam.

Beliau berkata, jika gejala rasuah sudah dibudayakan, percayalah bangsa dan negara mungkin dijajah oleh penyogok secara langsung dan tidak langsung.

“Penjajahan boleh berlaku walaupun kita miliki pemerintahan sendiri. Ia berlaku apabila pemerintah yang kita dipilih dan diberi kuasa sudah menjual diri mereka kepada orang lain sama ada dari dalam atau luar negara atau takut pada jiran marah.

“Pemerintah yang mengikut telunjuk orang lain bukan lagi bebas. Pemerintah melalui rasuah akan membenarkan diri mereka disogok kerana perlu mendapat kewangan yang cukup untuk membeli sokongan lagi supaya kedudukan mereka sebagai pemerintah akan kekal,” katanya.

Dr Mahathir berkata, orang Melayu perlu bersatu dan bertindak bersama dengan pendirian tegas bagi memastikan semua kelemahan itu dapat diatasi menggunakan kuasa politik.

Beliau berkata, selagi ada kuasa politik, orang Melayu dapat pulih segala-galanya dan mengatasi kelemahan serta menentukan masa depan sehingga menjadi contoh kepada bangsa lain di dunia.
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Belantara Bujang Forum Index -> Politik All times are GMT
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © phpBB Group. Hosted by phpBB.BizHat.com

Free Web Hosting | File Hosting | Photo Gallery | Matrimonial


Powered by PhpBB.BizHat.com, setup your forum now!
For Support, visit Forums.BizHat.com