|
Belantara Bujang Pendapat Anda Penting Bagi Kami
|
Important Notice:
We regret to inform you that our free phpBB forum hosting service will be discontinued by the end of June 30, 2024.
If you wish to migrate to our paid hosting service, please contact billing@hostonnet.com.
View previous topic :: View next topic |
Author |
Message |
Batik Biru Site Admin
Joined: 12 Nov 2008 Posts: 69 Location: Shah Alam, Selangor
|
Posted: Thu Nov 13, 2008 2:58 am Post subject: Hutang |
|
|
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”
Riwayat al-Baihaqi
Huraiannya :-
Pengajaran hadis:
i) Strategi pengawalan perbelanjaan adalah bergantung pada kesesuaian dan keperluan tertentu seseorang atau sesebuah keluarga. Pepatah ada mengatakan “ Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis”.
ii) Seharusnya setiap individu mengamalkan sifat ‘qanaah’ iaitu bersyukur dan redha dengan apa yang ada serta memastikan bahawa keperluan tidak melebihi kemampuan. Amalkan sikap berjimat cermat dan membuat simpanan (tabungan) bagi mencapai keselamatan ekonomi kerana orang yang mengamalkan sikap tamak dan boros sehingga sanggup berhutang bukan sahaja boleh meningkatkan inflasi malah membawa kemuflisan dan kepapaan.
iii) Hutang wajib dibayar sesuai dengan waktu yang dijanjikan iaitu tidak menangguh-nangguhkannya. Adalah dikira berdosa bagi orang yang tidak mahu membayar hutangnya dengan sengaja walau bagaimana kecilpun hutang tersebut. Hal ini termasuk juga hutang yang berlaku dengan orang yang bukan Islam serta seseorang yang berhutang tetapi telah meninggal dunia dan belum sempat membayar hutangnya. Maka ahli waris si mati hendaklah berusaha untuk melangsaikannya.
iv) Islam selaku agama yang sempurna telah menyusun beberapa langkah mengenai proses berhutang di mana hutang yang dibuat hendaklah dicatat jumlah dan masa pembayarannya serta dilantik seorang penulis yang adil sebagai saksi. Ia bertujuan untuk mengelak dari sebarang penipuan dan penganiayaan.
v) Sesungguhnya melepaskan hutang orang menghutangi kita adalah suatu perbuatan yang mulia. Ganjaran yang besar menanti iaitu berupa naungan Arasy di akhirat kelak. |
|
Back to top |
|
|
ezzo P.A Admin
Joined: 04 Jan 2009 Posts: 1
|
Posted: Sun Jan 04, 2009 6:08 pm Post subject: |
|
|
hutang emas dibawa belayar
hutang budi dibawa mati
makne nye... hutang dari segi materialisme ni kita bwk belayar je...
tpi... hutang budi bawak ke mati dikira...
kita boleh belayar sebelum mati...
tpi tak boleh belayar bila kita dah mati...
contohnye... org mati pucuk mane bleh belayar lagi... hehe
ada bnyk jenis mati kat dunia ni...
kalo hati dah mati.. mcm mana nak belayar?
taburlah budi setinggi gunung sekalipun... hati dah mati...
kira hutang emas je la... tak dikira sebagai hutang budi...
jadi.. renung renung kan... |
|
Back to top |
|
|
Batik Biru Site Admin
Joined: 12 Nov 2008 Posts: 69 Location: Shah Alam, Selangor
|
Posted: Tue Jan 13, 2009 5:35 pm Post subject: |
|
|
apa la ko merepek ni....ish ish _________________ www.songkokterbalik.blogspot.com |
|
Back to top |
|
|
|
|
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
|