Belantara Bujang Forum Index Belantara Bujang
Pendapat Anda Penting Bagi Kami
 
 FAQFAQ   SearchSearch   MemberlistMemberlist   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

Karaoke Hujung Minggu

 
Post new topic   Reply to topic    Belantara Bujang Forum Index -> Macam-macam
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Batik Biru
Site Admin


Joined: 12 Nov 2008
Posts: 69
Location: Shah Alam, Selangor

PostPosted: Tue Dec 02, 2008 9:39 am    Post subject: Karaoke Hujung Minggu Reply with quote

Quote:
TIDAK selamat, tersorok, kotor, dipenuhi kaki minum dan dikelilingi GRO. Persekitarannya yang suram turut dikaitkan dengan kemungkinan ia menjadi lokasi pengedaran dadah.

Itulah stigma atau sebahagian pandangan negatif masyarakat terhadap pusat hiburan karaoke sedekad yang lalu.

Hari ini, dengan penjenamaan semula, telah mengangkat taraf premis hiburan yang menjadi kegemaran sebahagian besar muda-mudi kota.

Red Box, News KTV dan Green Box antara pusat-pusat karaoke yang menyediakan pelbagai kemudahan, dekorasi dan gajet keselamatan. Malah, kini ia menjadi destinasi bersantai seisi keluarga.

Menurut laman web ensiklopedia, Wikipedia, karaoke berasal dari bahasa Jepun kara (kosong) manakala oke-sutora (orkestra). Ia merupakan sejenis hiburan yang membolehkan individu atau kumpulan menyanyikan lagu terpilih dengan iringan muzik yang sedia terakam dalam alat audio visual.

Menyelami budaya di Asia, bilik bersaiz kecil atau bersederhana sering menjadi tumpuan berbanding berkaraoke di khalayak ramai. Di dalam bilik tersebut pengunjung bebas menyanyi tanpa rasa malu dengan bayaran tertentu.

Jika tiada sebarang aktiviti pada hujung minggu, Shara Fedayu Sarif, 24, mengisi masa lapangnya berkaraoke bersama rakan atau adik-beradiknya.

NINI RUZANNA (kiri) dan Shara Fedayu berpendapat aktiviti karaoke dapat menghilangkan tekanan.

Kepada akauntan muda ini, daripada terjebak dengan pelbagai aktiviti yang tidak bermoral atau jenayah, lebih elok bersantai dengan teman-teman di premis karaoke.

"Plot drama tempatan atau antarabangsa yang selalu menampilkan aksi 'panas', kaki mabuk, maksiat, lelaki gatal dan perempuan GRO di pusat karaoke, antara faktor yang membuatkan orang ramai kurang senang dengan kewujudan pusat-pusat karaoke. Sedangkan semua itu tidak berlaku sepanjang saya berhibur di pusat karaoke ini.

"Namun, kita juga perlu bijak memilih pusat karaoke yang betul," jelas anak kelahiran Kuala Lumpur yang merujuk pada pusat karaoke kegemarannya, Red Box Ria di pusat beli-belah Sogo dan Red Box; di The Gardens dan The Curve.

Shara yang mula aktif berkaraoke sejak usia sembilan tahun menjelaskan, sebelum diperkenalkan keistimewaan di Red Box, biasanya dia hanya menyanyi di rumah dengan set kelengkapan karaoke yang dibelinya.

Namun semuanya berubah selepas mengikut rakannya berkaraoke di Green Box, Plaza Low Yat, Kuala Lumpur. Seterusnya, dia mencuba pula di beberapa cawangan Red Box yang lain. Ternyata Red Box jauh daripada gambaran buruk di kaca TV atau filem.

SELAIN menyanyi, pengunjung berpeluang menjamu selera dengan hidangan yang disajikan secara bufet.

Shara yang gemar menyanyikan lagu bernada tinggi berpendapat, Red Box antara sudut lepak gaya baru di kalangan muda-mudi. Sambil menyanyi, pengunjung juga berpeluang menjamu selera dengan pelbagai sajian bufet, menganjurkan parti hari jadi atau majlis istimewa bersama teman.

Selebriti tempatan seperti Awal Shaari, Elyana, Kru, Adam AF2, Nita (Malaysia Idol 2) dan Sheila Abdul juga memilih pusat karaoke untuk menganjurkan sidang media, pelancaran album, majlis bertemu peminat dan majlis hari jadi.

"Tiada apa yang perlu dibimbangkan tatkala mengunjungi pusat karaoke ini. Sistem keselamatan di sini dikawal rapi apabila setiap lorong dan sudut disimbahi dengan cahaya lampu yang terang dan diletakkan kamera litar tertutup (CCTV), bagi mengelakkan risiko jenayah.

"Lagipun suasana Red Box tidak seperti pusat karaoke lama yang kelihatan suram dan gelap," ujarnya. Red Box menyuntik suasana ceria dan gembira apabila menampilkan elemen dekorasi dan hiasan dalaman menarik. Lebih istimewa, kebanyakan cawangan Red Box beroperasi dalam pusat beli-belah bagi memudahkan pengunjung terutamanya mereka yang berkeluarga," ujar peminat setia selebriti Erra Fazira dan Ziana Zain ini.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, Red Box Ria yang berpangkalan di Sogo, Kuala Lumpur, sentiasa menerima pengunjung daripada kelompok sederhana. Nini Ruzanna Hassan, 24, antara pengunjung setia yang melakukan aktiviti karaoke bersama suami dan dua permata hatinya. Persekitaran dan ruang bilik yang selesa dan selamat membuatkan hatinya terpikat untuk menjadikan Red Box sebagai destinasi aktiviti karaoke bersama keluarga pada hujung minggu.

RED Box menyuntik elemen ceria.

"Sebelum berpindah ke Kuala Lumpur saya dan suami gemar berkaraoke di salah sebuah pusat karaoke di Sarawak. Tapi, set kelengkapan dan mesin yang digunakan tidaklah sehebat di Kuala Lumpur.

"Di Red Box, segala-galanya menggunakan aplikasi komputer yang canggih. Kita hanya perlu menekan alat kawalan jauh dan mengikut arahan yang tertera pada skrin tanpa perlu menunggu lama. Set sofa yang disediakan juga empuk dan sentiasa kelihatan baru serta bersih," kata Nini yang gemar berduet bersama suaminya.

Nini yang bertugas sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan juga mempunyai memori manis bersama Red Box. Pelawaan suaminya untuk karaoke telah dikejutkan dengan meraikan majlis hari lahirnya.

Menurutnya, mereka bebas menyanyikan atau menari tanpa mengganggu pengunjung lain. Ini kerana bilik yang ditawarkan kedap udara dan mempunyai pintu.

"Anak-anak pun seronok ke sini kerana sambil ibu bapa mereka menyanyi dan sesekali menjadi penyanyi latar. Red Box juga menghimpunkan koleksi lagu yang sesuai untuk kanak-kanak.

"Selain itu, saya juga kerap membawa adik-beradik dan bapa untuk menyanyi," tambahnya.


tempat karaoke yg dia pegi tu time siang....pada hal sama je ada banyak maksiat. agaknya derang ni tak tahu apa itu maksiat. bongok!!
_________________
www.songkokterbalik.blogspot.com
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Belantara Bujang Forum Index -> Macam-macam All times are GMT
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © phpBB Group. Hosted by phpBB.BizHat.com

Free Web Hosting | File Hosting | Photo Gallery | Matrimonial


Powered by PhpBB.BizHat.com, setup your forum now!
For Support, visit Forums.BizHat.com