Belantara Bujang Forum Index Belantara Bujang
Pendapat Anda Penting Bagi Kami
 
 FAQFAQ   SearchSearch   MemberlistMemberlist   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

Penyamun Jantan Betina.

 
Post new topic   Reply to topic    Belantara Bujang Forum Index -> Macam-macam
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Batik Biru
Site Admin


Joined: 12 Nov 2008
Posts: 69
Location: Shah Alam, Selangor

PostPosted: Sat Dec 06, 2008 2:53 pm    Post subject: Penyamun Jantan Betina. Reply with quote

Penyamun `jantan betina’
Oleh Salman Hamat



BANGI: Laungan `allhahuakhbar’ beberapa kali menyelamatkan seorang warga emas berusia 58 tahun daripada menjadi mangsa belasahan pasangan perompak, dipercayai kekasih, yang memecah masuk rumah itu melalui pintu belakang, kira-kira 2.30 pagi kelmarin.

Difahamkan ketika kejadian di Bandar Baru Bangi di sini, dia yang berseorangan menyedari kehadiran pasangan perompak terbabit terus bangkit dan mencapai batang ‘mop’ menghalau mereka keluar.

Bagaimanapun, penjenayah yang cemas itu terlebih dulu memukul mangsa menggunakan besi panjang yang dibawa dipercayai sebagai senjata mempertahankan diri.

Menceritakan semula mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Norizan, ketika diserang perompak terbabit hanya mampu menahan paluan besi pada badannya, namun masih memegang erat batang mop yang dicapai tadi.


“Ketika terjaga saya dapat melihat dua lembaga hitam sedang asyik menggeledah almari pakaian dan laci. Selepas melaung allhahuakhbar, perompak terbabit terkejut.

“Tanpa hiraukan sakit, saya memukul mereka berdua sekuat hati menyebabkan mereka lari lintang pukang.

“Walaupun kehilangan barang berharga, saya bersyukur kerana selamat. Perompak berpakaian hitam itu berani kerana tidak memakai penutup muka ketika masuk ke rumah,” katanya.

Pemeriksaan dilakukan mangsa di Hospital Kajang mengesahkan dia cedera ringan dan lebam di kiri kepala, bibir, dada dan dada kanan dipercayai akibat dipukul menggunakan benda keras oleh suspek.

Berikutan kejadian itu, mangsa kerugian hampir RM3,000 selepas perompak melarikan sejumlah wang tunai telefon bimbit serta beberapa lagi barangan berharga.

Perompak berputih mata apabila hasrat untuk melarikan televisyen paparan kristal cecair (LCD) baru dibeli gagal dan hanya sempat melarikan kabel barang elektrik itu saja.

Penjenayah dipercayai lelaki dan wanita itu dipercayai berusia 30an.

Bagaimanapun, mangsa tidak dapat mengesan kewarganegaraan suspek berikutan mereka berdua tidak bersuara sepanjang kejadian itu.

Risau jika pasangan perompak kembali wanita itu menghubungi saudaranya untuk memaklumkan kejadian dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi.

Menggelikan hati apabila perompak terbabit sempat menyusun selipar milik mangsa dengan teratur sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

“Kedua-dua suspek dipercayai warga Indonesia dan kami sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu,” katanya.


**Komen.

Kelakar siut aku baca laporan ni kat harian metro. hehehehe....mcm tak sudah2 je jenayah ni.....org tua pun kena rompak. siap sempat susun kasut plak tu....heheheh. apa nak jadi la dgn malaysia skrg ni.
_________________
www.songkokterbalik.blogspot.com
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Belantara Bujang Forum Index -> Macam-macam All times are GMT
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © phpBB Group. Hosted by phpBB.BizHat.com

Free Web Hosting | File Hosting | Photo Gallery | Matrimonial


Powered by PhpBB.BizHat.com, setup your forum now!
For Support, visit Forums.BizHat.com